From Nuffnang~

My Followers

Tuesday, May 29, 2012

Saya Yang Sudah Berubah~


 Salam semua..

akhirnya saya update jugak blog saya nie..
ada orang baca atau tidak itu tidak penting..
kita update jer..hehe..

umur saya sudah 23 tahun sekarang..
banyak perubahan sudah berlaku kepada diri ini..
bersyukur diatas segala perubahan yang berlaku..

semoga perubahan ini membawa aku menjadi seorang yang lebih baik..
apapun aku happy dengan perubahan yang berlaku ini..
terima kasih kepada semua insan yang telah membantu aku..

dulu dan sekarang aku lain sangat..
bila teringat waktu dulu rasa nak nagis dan gelak..haha..
tapi itulah kenangan masa dulu..

tanpa waktu dulu, tiadalah aku sekarang..
perubahan yang berlaku bermula pada waktu aku masuk KTMP K.L..
perubahan yang ketara berlaku sewaktu masuk UPSI..

perubahan mengambil masa yang sangat lama..
semua orang boleh berubah..
semua bergantung pada diri kita~

berikut gambar saya dari zaman sekolah rendah sehingga sekarang =



waktu sekolah rendah...


waktu sekolah menengah...



 waktu tingkatan enam..



waktu di kolej teknologi makmal perubatan(spa)...


waktu menjadi pelajar UPSI...

semester 1 & 2...


                   


semester 3 & 4...



kini...

nampak x perubahan yang berlaku??
huhu..
saya sukakan diri saya pada waktu sekarang..
apapun diri ini dulu, kini dan selamanya tetap sama..
perubahan pada wajah itu sahaja yang berbeza..
dulu nampak tua, tidak pandai fesyen dll..
sekarang hemsem ckit kot, pandai bergaya..huhu..
apapun sila menjadi diri sendiri okay!!!
moga perubahan yang berlaku pada diri kita membawa kebaikan bukan keburukan..


sekian...


Saturday, March 31, 2012

SELAMAT HARI LAHIR~


Salam semua..

hari ini bulan April..
atau dengan lebih jelas 1.4.2012..

kita kembali kepada 23 tahun yang lepas iaitu pada 1.4.1989..
ada apa dengan tarikh tersebut??

itulah tarikh kelahiran seorang manusia biasa@hamba Allah..
yang bernama MOHD SHAHSWAN NIZAM BIN SHARUDDIN @SUPIAH..

atau senang cerita ialah tuan punya blog..hehe..
so dengan itu saya ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI LAHIR buat diri sendiri..
moga ALLAH selamatkan kamu..

23 tahun sudah saya..
syukur kerana masih dipanjangkan umur..

banyak lagi cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi..
semoga aku terus kuat menghadapinya..

semoga ALLAH sentiasa melindungi hambanya ini...
happy birthday to me..

sekian~

Friday, March 30, 2012

Ada Apa Dengan Bulan April~

Salam semua..

hari ini 31 Mac kann...
besok??

dah nak masuk bulan April dah..
then bulan Mei, then 2013 then tup3 saya dah tua..huhu..
cepatnya masa berlalu..

dulu saya budak-budak..
then seorang remaja..
kini dewasa..huhu..

ada apa dengan bulan April??
bagi saya ia cuma satu bulan dalam satu tahun..
nothing special on that month..huhu..

setiap tahun saya mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku pada bulan ini..
saya sentiasa menunggu keajaiban itu walaupun ianya xkan berlaku pun..
saya tidak harapkan apa2 pun dari sesiapa..

ucapan dari anda sudah memadai bagi saya..
hadiah itu satu advance bagi saya..
apa yang saya harapkan ialah satu keajaiban yang saya tunggu dari Allah..

Ya Allah..
sesungguhnya hadiah dari-Mu adalah sangat bermakna buat seseorang hambanya..
hidayah, petunjuk adalah permintaanku..

semoga akan ada keajaiban yang berlaku pada tahun ini, atau tahun depan atau tahun seterusnya..
hambamu akan sentiasa menunggunya..
1.4 akan menjadi satu tarikh yang sentiasa aku ingati..

kerana pada tarikh tersebut lahirnya seorang insan bernama 
Mohd Shahswan Nizam bin Sharuddin @ Supiah iaitu aku~

insan yang sentiasa diuji dan terus diuji..
semoga aku terus kuat..
semoga Engkau sentiasa melindungiku dan semoga aku sentiasa berada di jalan-Mu..

semoga akan ada satu keajaiban akan berlaku dalam diri ini..
keajiaban yang sentiasa dinantikan oleh hambamu..
sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahuinya..

sekian...wassalam...



Thursday, March 29, 2012

Terlupa atau Melupakan~


salam...

saya sayang semua kawan-kawan saya..
biar pun diorang ingat saya atau tidak..

setiap orang pasti ada seorang sahabat kan!!!
saya???

im not sure bout it..
tapi saya banyak kawan baik then saya gelarkan mereka sahabat@bff..
tapi..

mereka jauh dari saya..
dan saya harap..
"they always remember me"

saya harap saya adalah sahabat bagi insan di luar sana..
may be im not a good friend..
tapi saya akan cuba menjadi seorang sahabat yang baik bagi anda..
saya juga harap anda begitu..

bagi saya sahabat adalah insan penting bagi saya..
i need them in my life..
saya bukanlah seorang yang mudah mendapat kawan..
buktinya saya xramai kawan pun..
so kawan2 yang ada nie sangat berharga buat saya...

tapi adat dalam persahabatan..
kawan datang dan pergi..
biarlah kawan datang dan janganlah pergi..
setiap orang ada hidup sendiri kann..
so kita xboleh minta die kekal dalam hidup kita..

so walaupun apappun yang terjadi..
saya akan sentiasa mengingati anda wahai sahabatku..
walaupun anda berubah or pergi jauh dan melupakan saya..
anda tetap pernah ada dalam memori hidup saya..
TQ sahabatku..
saya sentiasa berdoa agar kita akan berkawan selamanya..

tapi jika takdir menentukan segalanya..
jika anda lupakan saya..
its okay..
saya bersedia dan boleh hidup keseorangan..

manusia sentiasa berubah tapi
saya tidak akan berubah..insyaallah..
sahabat atau kawan sentiasa merupakan insan terpenting dalam hidup saya..

i will always be your best friend~

sekian....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...